Pelan pembangunan Iskandar_Malaysia

Logo rasmi Iskandar MalaysiaLogo lama Wilayah Pembangunan Iskandar

Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.

Syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).

Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.

Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.

Keunikan Iskandar Malaysia juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, Iskandar Puteri, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru. Projek Pembangunan Iskandar Puteri, sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara juga termasuk dalam wilayah pembangunan ini.